Memaparkan catatan dengan label Lirik Lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lirik Lagu. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Januari 2010

Bersatu

Dengarlah suara panggilanku
Marilah warga negara
Tugas utama
Tugas mulia menjadi tentera kita

Marilah pemudi pemudaku
Bersatu bertambah mutu
Menjunjung titah rukun negara
Itulah tugas tentera

Marilah kita berikrar
Bersatu dan berbakti
Tentera di darat, laut, udara
Marilah contohi

Lihatlah di sini tanah airku
Disini kita bersumpah
Warga negara para belia
Bersatu dalam tentera

Rukun negara titah baginda
Panji-panji mulia

Cincin Emas

Dengar sini teman-teman
Kata-kata buat pedoman
Kalau ada kesalahan
Dalam hati jangan simpan

Mengapa terjadi kemenangan
Kerna kita jalani latihan
Jurulatih jadi panduan
Ajarannya jangan diabaikan

Mengapa terjadi kekalahan
Kerna kita tuang latihan
Oleh itu sabar dulu
Kita pasti kan berjaya

Cincin emas belah rotan
Nyawa ini ku pertahankan
Biar jasad tak berkapan
Pantang undur anak watan

Siapa Suruh Masuk Tentera

Siapa suruh masuk tentera
Kalau tahu cari penyakit
Lebih baik duduk di kampung
Tanam ubi dan tanam jagung

Yang pertama tentera udara
Terbang tinggi di angkasaraya
Bukannya di angkasa lepas
Silap-silap jatuh terhempas

Yang kedua tentera laut
Ramai orang yang tidak sanggup
Kapal karam mana nak paut
Silap-silap jerung nganga mulut

Yang ketiga tentera darat
Ramai orang yang tidak larat
Buat kerja yang berat-berat
Silap-silap putus urat saraf.

Yang keempat pasukan Rotu
Hari-hari tangan makan batu
Sungguh sedih hatiku pilu
Orang cuti kita belum tentu

Hijau Kuning

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasad jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau kuning tanahku
Darul Aman negariku
Hijau kuning tanahku
Negeri Kedah negeriku

PALAPES UUM

(Warisan sepanjang zaman)

Bumi bertuah tanah tumpahnya darah
Lahirlah insan nan waja
Laksana kesatria rela berkorban jiwa
Membela nusa dan bangsa

Taat setia Tuhan Raja dan negara
Pegangan ikrar bersama
Semangat tiada luntur pantang untuk undur
Martabat bangsa Malaysia

Sentiasa memimpin matlamat penuh yakin
Megah berdiri gagah berani
Sedia berbakti untuk ibu pertiwi
Perjuangan tiada terhenti

Kamilah warga pejuang masa depan
Menyahut segala cabaran
PALAPES UUM lambang kebanggaan
Warisan sepanjang zaman

PALAPES MALAYSIA

Kami setia wira satria
PALAPES angkatan tentera
Siap sedia setiap masa
Untuk berbakti kepada negara

Sentiasa di hadapan cogan kata
Itulah sumpah perwira
Ibu pertiwi ibunda tercinta
Berkorban untuk agama dan bangsa

Kepada Allah kami berserah
Teguhkan iman semangat waja
Pantang sekali menyerah kalah
Mara hingga pastikan berjaya

ATM

Kamilah angkatan tentera Malaysia
Yang taat dan setia
Sanggup berkorban walau apa saja
Untuk negara dan bangsa

Tentera benteng pertahanan negara
Tentera lambang perkasa
Biar putih tulang jangan putih mata
Pantang undur tetap mara

Darat laut dan juga udara
Sentiasa terpelihara
Membujur lalu melintang patah
Harapan musuh dimusnah